PENGENALAN




PENGENALAN

Durian Crepe Ohsem Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh 100% bumiputera. Syarikat ini menjalankan peniagaan pemprosesan makanan. Pada awalnya syarikat ini memulakan perniagaan pada tahun 2015 secara kecil-kecilan dengan menyewa sebuah rumah kedai. Setelah produk keluaran syarikat mendapat perhatian dan permintaan dari pelanggan, syarikat telah memperuntukkan Rm 50 ribu bagi membina bangunan pemprosesan sendiri dan dilengkapi teknologi moden.

Syukur Alhamdulillah, maka terbinalah sebuah bangunan pemprosesan makanan dan peralatan berteknologi moden yang bernilai Rm 150 ribu. Dengan terbinanya bangunan yang berteknologi ini, syarikat telah berjaya mengeluarkan produk yang menepati piawaian akta makanan 1983 dan peraturan- peraturan makanan 1985 serta mengamalkan separuh amalan pengilang yang baik (GMP). Syarikat juga turut dibimbing oleh SIRIM dan JAKIM. Kami percaya dengan pengalaman dan kemudahan yang ada kami dapat memberi perkhidmatan yang standing dengan lain- lain syarikat dalam bidang ini. Semoga dengan sokongan dan bimbingan yang diberikan oleh mana- mana pihak akan membantu memajukan lagi perniagaan kami dan seterusnya membantu Negara dalam mencapai wawasan sebuah Negara islam yang maju sebagai Hub Halal Makanan Negara & Dunia islam.

LATAR BELAKANG SYARIKAT



Durian Crepe Ohsem Sdn Bhd mula bertapak dalam perniagaan yang berasaskan pemakanan pada 15 Mei 2015 yang didaftarkan atas nama DURIAN CREPE OHSEM FOOD & SERVICES. Namun, atas usaha gigih untuk meningkatkan mutu perniagaan, kami mengambil langkah bijak dengan memperbadan perniagaan ini kepada sebuah syarikat iaitu Durian Crepe Ohsem Sdn Bhd yang berkuatkuasa bermula dari 1 januari 2016 dan kekal hingga ke hari ini. Durian crepe ohsem sdn bhd adalah sebuah syarikat yang memproses, membekal dan menjual.



Durian Crepe Ohsem Sdn Bhd merupakan syarikat hak milik 100% bumiputera yang mana ahli lembaga pengarah syarikat terdiri daripada Zainab Binti Awang, Syakirah Izzati Binti Mohd Razak dan Munirah Hanin Binti Ibrahim. Kami turut dibantu oleh tenaga kerja yang berpengalaman dan berkaliber. Hal ini kerana, sumber tenaga lebih kurang 10 orang pekerja berpengalaman yang menjadi tonggak utama kebertahanan sesuatu perniagaan bahkan syarikat kami turut menjual dan membekal produk kami kepada orang ramai mahupun golongan peniaga seperti peruncit dan juga pemborong.