PENGENALAN
Durian
Crepe Ohsem Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik penuh 100% bumiputera.
Syarikat ini menjalankan peniagaan pemprosesan makanan. Pada awalnya syarikat
ini memulakan perniagaan pada tahun 2015 secara kecil-kecilan dengan menyewa
sebuah rumah kedai. Setelah produk keluaran syarikat mendapat perhatian dan
permintaan dari pelanggan, syarikat telah memperuntukkan Rm 50 ribu bagi
membina bangunan pemprosesan sendiri dan dilengkapi teknologi moden.
Syukur
Alhamdulillah, maka terbinalah sebuah bangunan pemprosesan makanan dan
peralatan berteknologi moden yang bernilai Rm 150 ribu. Dengan terbinanya
bangunan yang berteknologi ini, syarikat telah berjaya mengeluarkan produk yang
menepati piawaian akta makanan 1983 dan peraturan- peraturan makanan 1985 serta
mengamalkan separuh amalan pengilang yang baik (GMP). Syarikat juga turut
dibimbing oleh SIRIM dan JAKIM. Kami percaya dengan pengalaman dan kemudahan
yang ada kami dapat memberi perkhidmatan yang standing dengan lain- lain
syarikat dalam bidang ini. Semoga dengan sokongan dan bimbingan yang diberikan
oleh mana- mana pihak akan membantu memajukan lagi perniagaan kami dan
seterusnya membantu Negara dalam mencapai wawasan sebuah Negara islam yang maju
sebagai Hub Halal Makanan Negara & Dunia islam.